17 November 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Salam Blogger Senua...

Dah hampir sebulan fiq tak update blog nie...Atas kekangan masa, aktiviti dan sebagainya...Hari fiq nak cite sikit gelagat sesetengah rakyat Malaysia yang berbilang kaum nie..

Citenye bermula di sebuah warong roti canai terkemuka di utara Malaysia.Kalau sebut roti canai dan teh tarik semua mesti dah rasa..Memang terbaik..Sedang fiq menikmati sarapan pagi yang enak tue datang pasangan india yang turut nak bersarapan..memandangkan meja makan di warong 2 hampir penuh, mereka memilih duduk semeja dengan fiq..

Dengan bahasa yang cukup manis bersama loghat india mereka...

Lelaki India : Hencik...boleh kami duduk semeja dengan hencik...

Fiq dengan mulut tengah penuh degan roti canai hanya mampu menghanggokkan kepala sahaja...

Perempuan India : TQ hencik...

Lepas 2 mereka sembang ape fiq xpaham...Bahasa depa..depa je la paham...Apabila makanan depa sampai sebelum makan sempat lagi jemput fiq makan..

Lelaki India : Sir..Jemput makan..

Perh tersentak bila depa cakap cam 2....Punya la berbahasa mereka 2...Respek la...Tabik semua ada...

Aleh-aleh ade pasangan Melayu masuk ke dalam warung...meja sebelah fiq kosong tapi kerusi xcukup satu..yang lelaki Melayu tadi datang dekat ke meja fiq dan pasangan India tadi..Dengan muka selamba, tak bersalah, terus amek kerusi kosong yang ade sebelah fiq tanpa bertanya ape pon..lepas tu boleh jeling-jeling...Kami semeja memandang antara satu sama lain..

Dalam fikiran fiq..memang tak reti berbahasa la lelaki Melayu tu..main amek je kerusi..nasib fiq makan sorang...kalau ade teman mau malu lelaki tadi tu..Ape yang pasangan India tu fikirkan takk tau la..Tapi dari riak wajah mereka macam tak puas hati...

Di sini bukan fiq nak kata semua bangsa Melayu tak berbudi bahasa..Ada dikalangan kita..Tapi sekurang-kurangnya..jadikan contoh kepada bangsa lain yang bangsa Melayu nie hidup dalam budi bahasa dan adat yang tersendiri...Baru bngsa lain nak respek kita..

P/s : Sape terasa amek la..sekadar berkongsi cerita saja....

No comments: