27 August 2013

Mengila Edit


Entah mengapa sejak kebelakangan nie aku suka sangat edit gambar. Suka sangat main tone style. Macam nak gila main tone. Hasilnya...


22 July 2013

Promo : Mia Aisyah Boutique


Satu lagi Promo Boutique


FB : Mia Aisyah Boutique

Instagram : MiaAisyahBoutique

Setakat hari nie owner baru update hijab² dalam koleksi dari butik mereka..

Berhabuk Dah...

Aduhai..
tiba² nak update..
3 bulan dah berabuk terok blog nie.

Okies

Memandangkan sekarang nie Ramadhan Al-Mubarak a.k.a bulan puasa as semua orang tau. so nak post la gambo nie

sumber : http://www.muslimfragrances.com/files/editor_files/images/ramadhan4.jpg


Aku rasa nie 1st Ramadhan aku puasa dengan wife. Coz sebelum nie wife dok Peneng.. Aku stay di Perlis. Lepas 2 tahun kawen nie baru nak merasa berbuka dan bersahur bersama. Lagi best kami puasa dengan kehadiran baby yang akan due September nie..InsyaAllah...Aku xharap apa² just nak baby n my wife selamat

Gambo nie masa sebelum puasa. G jejalan dgn family mertua.

So nak merapu ape pon dah tak tau.. Setakat nie saja la update terbaru aku. Moga lepas nie ada idea yang boleh buat ALB nie xberhabuk dah..

So..See You Again.... 

05 March 2013

Sendirian & Kasihan

Aku & wife ada bela seekor kucing. Jenis muka penyet aka flat face. Disebabkan bulu panjang & kerap gugur,kami decide nak trim. So... kami hantar la kucing ni ke klinik haiwan untuk trim bulu dia.


Tapi bila selesai aku agak xpuas hati hasilnya. Bulu trim tak sekata. Tapi nak buat cam na,aku xpandai nak trim bulu kucing. So...terima jela hasilnya.. Erm......

27 February 2013

Fasa Dua Red Baby

Selesai fasa satu red baby,kita masuk ke fasa dua. Sapa yang minat kereta mesti tahu apa iti " scoop ". Kalau bahasa sebenar untuk kereta ni aku sendiri pon xtahu la. Tapi dari pandangan mata orang yang baru nak belajar make-up kereta macam aku ni,semestinya terbaik. So...inilah yang dinamakan " scoop " tu....

26 February 2013

Fasa Satu Baby Red

Lepas kemalangan hari tu,dekat seminggu jugak aku jadi hilang arah. Bak kata " patah kaki " jugak. Harap motor putih aku saje la yang menjadi mangsa tunggangan aku hampir setiap hari. Merata tempat aku menjelajah. Akhirnya,aku amek keputusan dengan nasihat dari otai-otai kereta yang dah lama menceburi bidang kereta ni. Inilah hasilnya...

19 February 2013

Kesian RedBaby....

Sayu ja aku tengok apa jadi kat kereta aku. Ada hikmah di sebalik kejadian nie. Sekarang aku kena fikirkan banyak mana aku nak baget untuk semua ini. Dugaan dari Allah S.W.T pada aku sebagai hambanya. Permudahkanlah cara untuk aku menyelesaikan dugaan yang tak seberapa nie.

16 February 2013

Maafkan saya [ part 2 ]

Sekali lagi aku nak mintak maaf kat shakinasabri sebab kecuaian aku memaksa dia update balik semua post-post dalam blog dia. Kesian kat dia sebenarnya aku nak tolong buat balik blog dia 2,tapikan...aku memang tak tau ape gambaq yg dia letak dalam setiap post. Șo....aku sekadar tolong tengok je ape yang dia update

P/S : Jangan la cekek kita plak pas nie....

ADIOS.......

14 February 2013

Say No For V.D


Maafkan Saya


11 Februari 2013
Aku setting tab SHAKINASABRI.. Masa tengah set,tengok la dalam picasa web folder banyak sangat gambar. So dengan yakin aku delete semua gambar yang ada dalam 2. Sampai habis tak da pon gambar yang tinggal..


14 Februari 2013
Hari ni aku buka web SHAKINASABRI.. Terkejut beruk tengok. Semua gambar dalam post blog nie selesai hilang. Bila difikirkan balik.. Aku delete yang hari tu rupanya gambar dalam blog dia.. ALAMAK!!!

End
Termasuk la gambar dalam post aku KASHAF ... Pon aku delete.. Amek kau... Aku suda terkena

22 January 2013

Entry Awal Pagi Dari Hati


Salam Hari Selasa

.....

Macam mana aku nak mulakan post ni ek???

Semalam : lokasi kedai makan : 2 kawan + 1 blogger dinner sama² : wah.....

kawan² ni kata la...yang hang hari ni sebuk sangat update post sampai 2entry hari ni apa kes...Post pon benda yang nak sama..

Blogger masih sabar menyuap makanan dan mendengar apa yang kawan² kata...

Kawan² tambah lagi macam nasi tambah... Ka hang nak 'femes' macam blogger² lain yang dah hebat 2... wei hang sedaq la... Hang punya blog 2.. bukan hebat 'tara' mana pon..

Blogger panas....Hg ada blog ka kawan²....

Tak da pon...Kami tak minat benda² lagu ni....kawan² jawab slumber

Sekurang²nya aku da..hg apa ada...Tau kutuk...Kot nak bagi semangat..Blogger bangun letak RM5 dan terus blah dengan hati yang AGAK PANAS la.....


ERM.....

Mungkin blogger pernah mengalami kritikal macam ni. Ada kawan suka kondem kita yang baru nak naik. Aku sebenarnya bukan nak kejar tittle 'femes' 2... Aku buat blog ni sekadar suka² untuk meluahkan apa yang aku fikirkan, bayangkan dan mahukan...Tak pernah la nak jadi sehebat blogger yang boleh buat income dengan berkarya di alam maya ni... Mungkin dah rezeki mereka dalam bidang penulisan macam ni... Aku pon ada hasil dari uasaha aku sendiri.. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada..

So...

Bukan tittle yang aku kejar..Just for fun ok!!! Sekadar mengisi masa yang ada.. Mungkin dengan cara ini aku dapat luahkan apa yang aku rasa.. Kalau aku ikutkan kepanasan suasana semalam 2.. Mungkin meja makan 2 terbalik la... Jadi kawan² yang bertanya,syukur aku bangun dan blah dari situ semalam. Biar la nak kata aku ni 'sentap' ka apa ka terpulang pada kawan² nak judge macam mana.

Akhir kata dari aku...

Respect Hasil Karya Orang...

Assalamualaikum W.B.T

21 January 2013

Poster Kashaf


Baru dapat je poster ni. Walaupon short film ni dah keluar 3 hari.. Baru hari ni producer mai bagi. Bagi by hand 2
Published with Blogger-droid v2.0.10

Promo : Kashaf



Salam Sejahtera...

Hari ni kasi promo sikit hasil pemikiran seorang anak muda. Filem pendek Kashaf hasil Faidzal Annuar. Cerita mengisahkan dilemma seorang anak antara rialiti dan fantasi selepas kematian ibunya. So.. kasi tengok dulu...paham...

video

Pandanganku :


  • Kena paham yang tersirat. Filem nie main reason adalah Kerinduan. Setiap orang akan rindu pada insan yang disayangi. (macam aku rindu parents aku)
  • Audio kalau ada boom microfon mesti dialog lebih jelas.
  • Pencahayaan bagi aku terbaik sangat.
So... Kalau nak clear view sila ke youtube Kashaf

Thats All For Today

15 January 2013

Panas Baran






Panas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah.
Pertama – Mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Adakah sikap panas baran ini berpunca daripada tahap perkembangan didikan daripada ibu- bapa di rumah?
Panas baran wujud disebabkan kegagalan seseorang itu mengawal emosinya ketika emosinya itu terganggu. Biasanya wujud faktor-faktor yang menjadi pencetus atau dipanggil pemicu (trigger) kepada timbulnya perasaan marah ini. Faktor yang menjadi penyebab perasaan marah itu berbeza-beza bagi setiap orang dan ia bergantung kepada faktor sekeliling , pengalaman dan sejarah seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran.
Adakah Semua Orang Memiliki Sifat Panas Baran?
Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.
Adakah Faktor Jantina Dan Keturunan Mempengaruhi?
Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, itu tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.
Berikut Adalah Antara Faktor Yang Menjadi Punca Timbulnya Sikap Panas Baran Itu .
  • Seseorang itu dibesarkan oleh ibu atau bapa yang kuat marah. Kesannya sikap marah ini dipelajari olehnya sejak kecil dan mula diwarisi.
  • Mengikut pengalamannnya, apabila dia marah maka dia memperolehi apa yang dihajatnya atau orang lain akan tunduk dan ikut kata-katanya. Ganjaran sebegini membuatkan minda bawah sedarnya percaya bahawa dengan panas baran maka matlamatnya boleh tercapai. Tanpa disedari ia menjadi satu habit yang sukar untuk di buang.
  • Panas baran adalah satu sikap mazmumah yang ada dalam diri dan merupakan pintu masuk syaitan. Apabila dituruti perasaan baran ini seseorang itu boleh menyesali setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya ketika dibawah perasaan negatif ini.
  • Disebabkan oleh sifat ego yang terlalu tinggi dan merasakan bahawa dirinya sahaja yang betul berbanding dengan orang lain.
  • Apabila cakapnya tidak didengar atau nasihat tidak diendahkan, sedangkan padanya apa yang disampaikannya itu penting.
  • Apabila dirasakan haknya diambil, dirampas atau dicabul.
  • Apabila seseorang itu merasakan kuasa dan kedudukannya tidak dihormati dan setiap arahan yang diberikan tidak dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Faktor usia yang muda juga ada kaitannya dengan panas baran. Usia yang muda juga biasanya bermakna kurang pengalaman hidup iaitu sukar membuat pertimbangan, kurang peka terhadap perasaan orang lain dan mudah ikut hati dan perasaan.
Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada kadar yang tidak sepatutnya. Tetapi sebaliknya jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.
Adakah Ia Berkaitan Dengan Keturunan Atau Penyakit Jiwa?
Kalau sekadar marah semua orang memilikinya dan pernah melaluinya. Tetapi kalau kadar kemarahan itu kerap dan terlalu mudah hilang kawalan, bermakna ia adalah masalah jiwa yang perlu dirawat. Ada juga berpunca dari kesan penderaan emosi sewaktu kecilnya lalu menjadi trauma. Pengalaman negatif ini tertanam dalam minda bawah sedar dan meletus apabila ada faktor yang seumpama dengan nya berlaku. Malah ada ketikanya sifat marah yang terpendam ini bertukar menjadi amuk.
Tidak dinafikan masyarakat Melayu terutamanya wujudnya saka. Saka adalah merujuk kepada jin yang diwarisi oleh sesuatu keturunan bermula dari nenek moyang kita dahulu hingga kini. Meski pun generasi hari ini tidak percaya akan wujudnya saka, namun realitinya perjanjian telahpun di buat antara nenek moyang mereka dengan mahluk halus ini mengikut perjanjian tertentu. Apabila perjanjian dimungkiri maka anak cuculah yang menjadi mangsa dan pelbagai masalah yang pelik berlaku. Ini boleh juga menjadi penyebab terdorongnya rasa baran yang melampau. Sebab itulah sejarah keluarga perlu dikaji dan kaedah terapi Al-Quran serta rawatan Islam perlu digunakan.
Tanda-Tanda Seseorang Itu Panas Baran?
Tanda-tanda seseorang itu panas baran ialah apabila dia dengan mudah hilang kawalan sama ada melalui mimik muka, perkataan atau dengan tindakan. Ada ketikanya perkara yang dia hilang kawalan diri merupakan perkara yang kecil dijadikan besar dan kemarahan yang dilontarkan itu melampaui had maka itu tandanya seseorang itu ada sikap panas baran.
Kesan Buruk Panas Baran?
Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain.
Langkah Terbaik Menangani Sifat Panas Baran?
Kita boleh cuba memberikah sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Kepada remaja yang mudah memberontak , perlulah belajar untuk menjadi masyarakat yang bertemadun – mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili temadun itu sendiri.
Punca Panas baran – Perilaku agresif, Gejala Sosial, Emosi, Masalah kewangan/keluarga, Ego, Tekanan perasaan, Faktor didikan, Bebanan kerja, Faktor persekitaran.
10 Risiko Individu Panas Baran – Dipulaukan masyarakat sekeliling, Jiwa kosong (murung), Hilang pekerjaan/Jawatan, Penceraian, Kemalangan, Pergaduhan, Kesalahan jenayah, Melakukan penderaan, Tekanan perasaan, Penyakit kronik (darah tinggi, migrain).
Bagaimana Tangani Sikap Panas Baran?
Berikut ada beberapa tip untuk tangani sikap panas baran.
  • Panas baran datangnya dari api yang meluap-luap dari dalam. Oleh itu ambillah segelas air sejuk lalu minum.
  • Ambil wuduk dan jika berpeluang terus dirikan solat sunat dua rakaat. Ubah posisi atau kedudukan. Kalau kita sedang marah ketika berdiri maka duduklah. Kalau sedang duduk maka berdirilah. Perubahan posisi ini dapat membantu meredakan perasaan. Rasulullah SAW bersabda “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring” (Riwayat Muslim)
  • Beristighfar dan berselawat banyak-banyak.
  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi .
  • Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu. Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula. Ia adalah hukum Karma yang kita tidak dapat lari darinya.
  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak. Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita, maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa stress yang diakhirnya memudaratkan diri sendiri.
  • Jika sikap panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui Kunselor atau pakar psikatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
  • Sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah dan kebaikannya. Fokus kepada hikmah. Misalnya, jika seseorang itu memotong barisan kenderaan dalam kesesakan trafik, kita katakan pada diri “Oh, orang itu mungkin tergesa-gesa mahu ke tandas” , atau, “Oh, mungkin anaknya sakit dan memerlukan dia sampai cepat dan satu hari aku pun mungkin terpaksa lakukan perkara yang sama jika sudah terpaksa”. Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
  • Tinggalkan tempat berlakunya kemarahan tersebut dan pergi ke tempat lain. Lagi lama kita berada disitu lagi tertekan rasanya hati. Ketika sudah berada jauh dari situ, tarik nafas dalam-dalam . Otak ketika marah kekurangan oksigen. Oleh itu pejamkan mata lalu tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 dan rasakan udara sejuk masuk melalui hidung . Lepaskan nafas juga melalui hidung dalam kiraan 7. Rasakan udara panas yang melalui rongga hingga dihembus keluar. Katakan pada diri secara positif , “ Kini aku seorang yang sabar dan tenang serta mampu mengawal diri”.
  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergas membantu akal untuk mengawal emosi.
  • Jaga pemakanan, elakkan dari banyak memakan daging merah. Sebaiknya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.

Apakah Bentuk Bantuan Yang Boleh Masyarakat Atau Orang Sekeliling Berikan Kepada Seorang Panas Baran?.
  • Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
  • Faham faktor-faktor yang menjadi pemicu baginya dan cuba untuk tidak memulakannya.
  • Sabar dengan mereka yang panas baran , cuba bercakap dengannya dalam nada yang perlahan lagi lembut.
  • Ajar dia beristighfar dan menarik nafas dalam-dalam.
  • Berikan dia segelas air sejuk.
  • Usah berada disitu, biarkan dia sendiri buat sementera. Mungkin dia perlukan masa dan ruang untuk kembali rasional.
  • Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan mereka yang mempunyai sikap panas baran ini berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati. Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukan masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.
Kesimpulannya
Allah mencipta manusia ini sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu setiap bentuk emosi yang dianugerahkan oleh Allah itu adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Begitulah juga dengan sikap marah. Jika seseorang itu marah kerana nafsu maka ia akan membawa kepada keburukan sebaliknya jika marahnya itu kerana Allah maka ia akan membawa kepada kebaikan dan kemuliaan. Hidup ini perlu banyak bersabar dan berlapang dada. Hanya dengan kesabaran sahajalah akan wujudnya kejayaan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Semua Sumber Dari Sini

02 January 2013

Dua Ribu Tiga Belas


Salam 2013

Hari kedua 2013, hari ni budak sekolah mula menapak ke sekolah. Pagi ni fiq di tugaskan snap tiga empat gambar budak² kt sekolah. So fiq persembahkan gambar paling fiq suka