29 July 2011

Sekuriti Blog Blogger Buat Apa


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bergegar juga jantung ini bila lihat banyak blog kena hack atau godam oleh GaySec yang terbaru blog1Malaysia.com.my. Selain tu blog yang kena godam ohartis dan website nuffnang, adverlets serta banyak lagi. Tujuan GaySec ni memanglah baik sebab nak memberitahu admin blog dan website tersebut bahawa sekuriti blog dan website masih lemah. Blog Amanz.my selalu bagi update terkini blog yang di uji sekuriti oleh GaySec.
Tindakan aku pertama adalah menghubungi Mr. Hosting Serverfreak :
Pertanyaan aku : Sorry ganggu pagi-pagi ni.Recently beberapa top blog kena hack oleh GaySec. Yang terbaru malam tadi blog ohartis.com. Adakah hosting kita cukup kuat untuk menghalang dari di hack oleh GaySec atau perlu tambahan securities. Terima kasih
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak hosting terbaik : Masalah kena hack ini faktor utama adalah di sebabkan outdated skrip dan plugin yang membuka peluang untuk attacker attack. Jadi adalah amat penting skrip dan plugin yang digunakan sentiasa di update. Selain itu, sekiranya ada plugin yang telah tidak digunakan, lebih baik remove terus bagi memgurangkan potensi untuk attacker attack. Sebenarnya masalah ini, dari segi protection hosting, walau sesecure kami lakukan, tiada apa yang dapat menghalangnya kerana attacker attack menerusi skrip/ plugin bukan menerusi server. Terima Kasih.
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak ini sama dengan nasihat Blogger Eizil dalam entri beliau “Langkah asas keselamatan laman web” maka secepat kilat aku update semua plugin dan delete semua plugin yang tak perlu.
Selain update dan buang plugin untuk menambah sekuriti blog wordpressrakan Blogger Azman Ishak dan Eizil nasihatkan kita menggunakan Cloud Flare. bersama W3 Total Cache dan Amazon S3. Detail boleh baca di link dan link ini. Selain daripada Plugin dan Cloud Flare sila perbetulkan beberapa kelemahan dalam code wordpress terkini seperti tutorial yang telah dibuat oleh Blogger Azman Ishak.
Sekuriti Blog Blogger tak boleh pandang remeh mesti bertindak sebelum terkena. Blog aku pun masih banyak kelemahan tapi nilah bestnya ada hosting sendiri dan guna platform WordPress. Terima kasih kepada blogger Ariffshah yang terus membantu.

Sumber : http://denaihati.com

No comments: