22 July 2011

Kekacauan Talian Internet

Perhatian kepada pengguna-pengguna Internet terutamanya pelanggan TM.Telekom Malaysia telah mengeluarkan Jadual Penyelenggaraan Perkhidmatan mereka kepada pengguna-pengguna TM di seluruh negara iaitu dari 16 Julai hingga 31 Julai. Dalam tempoh itu, beberapa kawasan akan mengalami gangguan manakala pada25 hingga 31 Julai 2011, gangguan akan melibatkan pelayaran internet hampir ke seluruh negara. 

Pada 25 hingga 31 Julai kelak,TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah. Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa latency yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, menurut Telekom Malaysia, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Sila rujuk jadual di bawah menunjukkan aktiviti penaiktarafan  tersebut antara 16 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011:




Sumber: http://eiz1004.upprofits.com

No comments: