26 August 2011

Sebelum Datangnya Sang Syawal

Sekadar renungan sebelum 1 Syawal menjelma....



Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).


Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hiasilah hari-hari raya kamu dengan bertakbir.


Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda: Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah.


Dari Umar bin Khathab ra., ia berkata bahwa dua hari ini hari yang dilarang Rasulullah saw. untuk berpuasa, iaitu hari raya Idul Fitri setelah kalian berpuasa (Ramadhan) dan hari raya makan (daging korban) setelah kalian menunaikan ibadah haji.


Dari Aisyah r.a katanya:Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ? Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (˜Id) dan hari ini adalah hari raya kita.


Dari Aisyah r.a katanya:Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas melihatnya.


Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).


Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

25 August 2011

meRAYAkan hari keMERDEKAan

Salam Blogger ♥♥♥

Tahun nie special sikit sebab kita sambut hari raya aidilfitri bersama dengan hari kemerdekaan ke 54...Macam tue jugak dengan fiq..taun nie adalah taun 1st fiq puasa - raya - merdeka dengan wife..hehehe

Di kesempatan ni..fiq nak wish 


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

sumber dari pakcik google

Walaupon ibadah puasa kita hanya tinggal beberapa hari saje lagi...Marilah kita tingkatkan ibadah supaya di saat² akhir nie doa & amalan kita di terima oleh-Nya


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

sumber dari paklong google jugak

Untuk kali nie fiq mohon ampun dan maaf kepada semua blogger² yang selalu melawat blog fiq nie..dan yang xselalu melawat jugak..Kot² ade tersilap bahasa..tersilap taip...tersilap meaning dari blogger²...ampun dan maaf dari ujung rambut sampai ujung kuku..Buat Family di Jitra - Aloq Staq - B.Mertajam -Muar ampunkan dosa along..halalkan makan dan minum selama ini...Buat sweetheart Orkedputeh86 abang selalu buat sweetheart merajuk..maafkan abang...Moga raya pertama kita memberi 1 kenagan yang manis...


SALAM KEMERDEKAAN 1 MALAYSIA

sumber uncle google lagi

54 tahun kita mengecapi kemerdekaan hasil usaha pemimpin² terdahulu..Usaha dengan pemikiran, keringat, pertumpahan darah untuk menjadikan negara kita seperti sekarang adalah 1 pengorbanan yang amat bersar maknanya..Kita sebagai generasi muda hendaklah menunjukkan semangat cintakan negara walau dengan ape cara sekali pon...Buat semua rakyat Malaysia, selamat menyambut hari kemerdekaan.Kenang jasa pejuang² tanahair kita yang dulu

♥♥♥ ADIOS...

23 August 2011

Tahniah Untuk Mereka

Salam Blogger ♥

Hari nie fiq nak kongsi lagi tentang 1 kajian yang di buat oleh satu channel Youtube buatan Malaysia sendiri.. Bagi blogger² yang suke click² kat youtube mesti pernah jumpa Malay Tuber ...Depa nie ade post dalam channel depa yang menarik minat fiq tengok video depa...

So...Ape² pon blogger² layan video yang fiq tag dari Malay Tuber 

Yang nie untuk vblogger dari 1-10 semua fiq dah layan...


Yang nie pulak 5 cover musican...(jari korang memang bergetar la...)



So..Sapa kata rakyat Malaysia Tak leh buat Video Blog & tak leh jadi Penyanyi Alam Maya

ADIOS....

Malam Istimewa


Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut:


(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Maksud doa yang tersebut:
"Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."


Jangan pula kita cari pokok sujud ler, tengok bintang ler, cari air beku lerr. Tapi bacalah doa diatas.


Satu kisah terjadi pada pelajar sekolah pondok di Terengganu. Selepas dia beriktikaf dalam masjid, dia pulang untuk masak mee kuah kegemarannya. Teringatkan pesan maknya yang suruh tambahkan soh’un (ala yg macam bihun kaler jernih tu) maka dia pun memasak recepi tu untuk bersahur nanti. Lepas siap masak dia kembali ke masjid untuk beriktikaf. Sekitar jam 4 pagi dia kembali semua dan terus pergi ke dapur untuk melihat mee kuahnya.

Alangkah terkejutnya dia melihat mee kuahnya telahpun beku!!! dia keluar ke lapangan dan menadah tangan sambil menyebut lailatul qadr!!. Tergempar dengan suaranya, maka pelajar-pelajar tahfiz yang lain terbangun dan mengerumuninya. Dia pun bercerita kepada semua orang apa yang terjadi dan yakin malam itu adalah malam lailatul qadr. Tok guru pun suruh pelajar lain melakukan siasatan dan memang sungguh mee kuah pelajar telahpun beku!!

Begitulah kejadian yangg berlaku pada sebuah sekolah tahfiz. So moralnya kita jangan cari benda yang pelik-pelik untuk bertemu malam lailatil-qadr.

 Ops...lupa pulak, siasatan lanjut dilakukan oleh tok guru sekolah pondok tu mendapati pelajar tersebut telah terbubuh agar-agar dalam masakan sebab disangkan itu adalah soh’un!.

18 August 2011

Suaramu Meratap Jiwaku

Salam Blogger ♥

Masa fiq darjah 1 dulu..fiq pernah sekolah kat SRA Sg Pencala (ntah ade ag x sekolah 2)...2 tahun dok sekolah 2 memang fiq belajar erti kehidupan berasrama...Seawal umur 7 tahun dah kena masuk asrama..Dari pengurusan diri semuanya buat sendiri kecuali time makan je la disediakan... 

1 perkara yang fiq ingat sampai sekarang apabila arwah ibu fiq sanggup bagi 50 inggit kalau fiq xbalik selama sebulan...3minggu je tahan..masuk minggu ke4..Hancus...balik jugak ke kampung..Sg Pencala - Kg Melayu Subang..Cukup indah kenangan masa lalu...

Sebenarnya fiq nak kongsi la dengan blogger² semua tentang cite yang fiq baca masa blogwalking semalam...

Kenal tak Blogger dengan insan ini


Arwah Ustaz Mohamad Asri Ibrahim

Terus terang cakap..family fiq memang minat dengan kumpulan yang arwah Ustaz Asri ( Rabbani )..Sebenarnya fiq kenal kumpulan nie dari masa fiq sekolah SRA dulu..Masa 2  masih guna nama Nadamurni...time 2 lagu paling best adalah Anak Soleh..(cam ingat² lupa la plak)

Fiq nak kongsi satu cite dari teman baik Arwah sendiri..So..Baca lah...

Kejadian yang ditulis sang penulis ini adalah selepas 3 hari Ustaz Asri pergi meninggalkan kita semua. Kami ada menulis mengenai pemergian Ustaz Asri pada 16 Ogos yang lalu. Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini...

Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?

AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)

ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)

AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat!
(masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)

ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?

AKU: Jadi. Kenape?

ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…

AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?

ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni

ASRI: Album mane ni?

AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.

ASRI: Abis anta kuar mane dulu?

AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?

ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.

AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!

ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiripun tak ghaib lagi.

AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..

ASRI: Amin!!!!

Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.

ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?

AKU: Cubalah…….hehehe

ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???

ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?

AKU: cantikkkk! Apa dia?

ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?

AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…

AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…

AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah.
Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya!

Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat.

“33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya.

Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!”

Akhir kata mari kita sedekahkan Al-Fatihah Kepada Arwah Ustaz Asri...

Al-Fatihah....

Semua Sumber fiq perolehi dari teh secawan , asri rabbani , rabbani

16 August 2011

Seronok Sangat...

Salam Blogger ♥

Pagi tadi mungkin fiq hangin sikit la...tapi lepas dari entry tadi fiq dapat kata² semangat dari kawan pejabat fiq sendiri, Ahamdulillah la sekarang fiq hepy xpikio masalah pagi tadi...

Dari kui 2 tadi fiq dok kelebet² CS3 Photoshop yang dah lama bersemadi dalam Local Disk Cc komputer buruk fiq nie... Truely fiq kata fiq memang noob (lebeh kurang xreti apa) nak guna CS3 nie...

Fiq baca tutorial macam² la...Try sana sini dan hasil awalnya


tapi yang nie just try² je..pas 2 fiq buat yang lain...macam yang dekat banner blog nie...walaupon hasilnya basic gile² sangat...fiq puas hati...

ADIOS.....

What A Hot Morning...

Salam Blogger ♥

Hari nie pagi² dah buat fiq panas...Dah la kt luar 2 pon panas...terus terang cakap fiq nak luah sikit la..

Pagi² dapat intercom... 

E (orang kena arah) : Sape nie??

A (aku ler) : fiq..ye nape..ade masalah ke??

E : Dia (orang bagi arah) tanye.." nape xbagi (.....) cam selalu..kan saya dah pesan..E xmintak ke...saya xnak dia pegang ape²...bagi ontime.."

A : ler...xpe la cam 2...fiq bagi kt E cam sellu la..Time ikot E..fiq xkisah..Pas nie jdi pe² tanya Dia...

E : nak wat cam ne..Dia arah....

Abis orang lain leh pegang bawak balik...20thun pegang pon xkata ape..Ape cer semua nie...fiq sedar...Dia yang arah..So..ikot je la...Jadi pe² fiq xmau tanggung k...yang pasti pas nie sebelum time nampak fiq xtentu arah jangan dok wat tanya...Ade yang kena semboq ka..kena !@#$%^ ka...paham² la..

ps : kalau tak paham buat² paham je la...kalau paham nak p canang silakan...bukan nak berkira..tapi dah ade yang berkira fiq kira jugak la..1234567890.....abiskan...

14 August 2011

Wordless Sunday

Salam blogger semua...

Hari  ke 14 puasa...bermakna ade 14 hari lagi kita akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI .... Ahambulillah tahun nie adalah taun 1st fiq sambut puasa n raya sebagai seorang suami...

Eh...melalut sangat nie..Back to tajuk entry fiq...



Ape yang anda boleh buat dengan duit RM 10 pada zaman la....
(Fikir-fikirkan)

10 August 2011

REVIEW : Bila Kucing Pandai Blog

Salam Blogger ♥

Hari nie review lagi ... 

Tengok tajuk cam takut je tapi nie la realiti apabila sang kucing rajin blogging...maka terbitlah 



Kita tengok sikit sape la kucing cute nie...

  • Seorang anak Selangor...Dok area Shah Alam - Sg Buluh
  • ber ' blog ' sejak Dec 2007
  • Dah ade 3 blog ( kucingSTUDIO , memadamkomplikasi , excell9 )
  • Blog kucing nie banyak kepada research² dan fakta yang agak menarik perhatian blogger lain...
  • Bagi yang nak cari kucing nie dalam FB ( KucingSerius ) dan Fan Page FB ( Kucingan )
Akhir kata dari fiq semua info fiq  cari dari blog & fb kucing...Nak tau banyak lagi merisik² la dia..

ADIOS.....

08 August 2011

Susah Cam nie

Salam Blogger ♥

Hari nie fiq nak tunjuk yang nie ja....U all comments la ape yang terjadi dengan gambar nie



ADIOS....

07 August 2011

Review : Rivolusi Minda

Salam Blogger ....



Hari nie fiq nak mulakan segmen baru dalam blog fiq...Sebenarnya idea nie dah banyak blogger-blogger buat...tapi untuk kali nie dalam blog fiq...kira 1st time la...

REVIEW : Revolusi Minda 

(Fahmie Firas)



  • Blog ni kepunyaan seorang jejaka macho dari Pantai Remis, Perak...
  • Sedang study kat Uitm Kedah (Islamic Banking)
  • Start blogging dari tahun 2010 la..( berdasarkan post blog dia )
  • Sudah ade fan page FB  
Setakat ini saja Review yang dapat fiq bagi nak lebey mintak kat fahmie firas sendiri...

ADIOS...

03 August 2011

3 Buat Aku Tak Keruan

Salam Blogger ♥

Aku suke no 3...Tapi Hari ni 3 Ogos 2011..Aku serabut dengan 3 benda...

Topup xmasuk² dari pagi
Tenet yang slow sesangat lebey dari siput
Menu berbuka puasa yang masih xdapat ditentukan

Kadang aku nie jadi kusut dengan benda² cam nie la..Seharian jd tekanan sampai buat keje banyak salah...
Aku perlukan ketenangan......