29 July 2011

Sekuriti Blog Blogger Buat Apa


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, bergegar juga jantung ini bila lihat banyak blog kena hack atau godam oleh GaySec yang terbaru blog1Malaysia.com.my. Selain tu blog yang kena godam ohartis dan website nuffnang, adverlets serta banyak lagi. Tujuan GaySec ni memanglah baik sebab nak memberitahu admin blog dan website tersebut bahawa sekuriti blog dan website masih lemah. Blog Amanz.my selalu bagi update terkini blog yang di uji sekuriti oleh GaySec.
Tindakan aku pertama adalah menghubungi Mr. Hosting Serverfreak :
Pertanyaan aku : Sorry ganggu pagi-pagi ni.Recently beberapa top blog kena hack oleh GaySec. Yang terbaru malam tadi blog ohartis.com. Adakah hosting kita cukup kuat untuk menghalang dari di hack oleh GaySec atau perlu tambahan securities. Terima kasih
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak hosting terbaik : Masalah kena hack ini faktor utama adalah di sebabkan outdated skrip dan plugin yang membuka peluang untuk attacker attack. Jadi adalah amat penting skrip dan plugin yang digunakan sentiasa di update. Selain itu, sekiranya ada plugin yang telah tidak digunakan, lebih baik remove terus bagi memgurangkan potensi untuk attacker attack. Sebenarnya masalah ini, dari segi protection hosting, walau sesecure kami lakukan, tiada apa yang dapat menghalangnya kerana attacker attack menerusi skrip/ plugin bukan menerusi server. Terima Kasih.
Jawaban Mr. Sam, Serverfreak ini sama dengan nasihat Blogger Eizil dalam entri beliau “Langkah asas keselamatan laman web” maka secepat kilat aku update semua plugin dan delete semua plugin yang tak perlu.
Selain update dan buang plugin untuk menambah sekuriti blog wordpressrakan Blogger Azman Ishak dan Eizil nasihatkan kita menggunakan Cloud Flare. bersama W3 Total Cache dan Amazon S3. Detail boleh baca di link dan link ini. Selain daripada Plugin dan Cloud Flare sila perbetulkan beberapa kelemahan dalam code wordpress terkini seperti tutorial yang telah dibuat oleh Blogger Azman Ishak.
Sekuriti Blog Blogger tak boleh pandang remeh mesti bertindak sebelum terkena. Blog aku pun masih banyak kelemahan tapi nilah bestnya ada hosting sendiri dan guna platform WordPress. Terima kasih kepada blogger Ariffshah yang terus membantu.

Sumber : http://denaihati.com

27 July 2011

Peluklah Isteri Anda Selalu

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit
' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.










Sekadar Berkongsi Cerita

Salam Blogger ♥

Untuk kali nie fiq xda nak cerita banyak just nak inform saja...Selepas post blog nie fiq akan banyak berkongsi info² dari kawan² blogger lain untuk tatapan pembaca semua....

Bukan ape..Ade mulut sekeliling fiq berbunyi...' orang buat blog dia pon buat '...Ape hak orang 2 nak kata cam 2 kat fiq...Setiap orang ade cara dan inisiaf sendiri nak luahkan sesuatu..Orang lain xleh kata ape...kalau fiq nak luah sesuatu dengan cara p maki orang 2 cara fiq...sekurang²nya orang kena paham...nak terima ke x, 2 hal laen...

Buat orang 2 yang kata fiq cam 2,fikir la sama cara hang luah cam na..Dok mencanang kat orang lain xpa..Harap lepas nie ade la yang terasa dan akan berubah...

" Control u'r self first before controling other person "

Wah...ADIOS...

23 July 2011

Saturday ' Bored ' Day

Salam Blogger <3


Hari nie Sabtu...fiq dah bosan tahap cipan dah nie...Dari pagi membuta...lepas anta wife p keje sambung membuta sampai tengahari...Lepas lunch p amek adik ipar balik school....Xkan nak membuta ag....

Nak ilang tension maen Angry Bird...Dok xboleh2 lepas level tue...Sampai malas..Nie fiq nak tunggu kui 3 lbh2 skit..Jap g kuaq amek wife  fiq balik keje..Sebelum 2 merayau la mana2

ADIOS.....




P/S : web gengblogger xleh bukak lagi (tension)

22 July 2011

Kekacauan Talian Internet

Perhatian kepada pengguna-pengguna Internet terutamanya pelanggan TM.Telekom Malaysia telah mengeluarkan Jadual Penyelenggaraan Perkhidmatan mereka kepada pengguna-pengguna TM di seluruh negara iaitu dari 16 Julai hingga 31 Julai. Dalam tempoh itu, beberapa kawasan akan mengalami gangguan manakala pada25 hingga 31 Julai 2011, gangguan akan melibatkan pelayaran internet hampir ke seluruh negara. 

Pada 25 hingga 31 Julai kelak,TM bakal membuat kerja-kerja penyelengaraan yang melibatkan kabel bawah tanah SMW4 yang menyambungkan Malaysia ke Eropah. Ianya diperkatakan yang mana pada tarikh tersebut berkemungkinan para pengguna akan mengalami pelayaran web yang sedikit lambat, termasuk masa latency yang tinggi apabila mengakses laman-laman di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Utara.
Selain daripada itu, pada 26 Julai, mereka bakal mengemaskini rangkaian IPCORE mereka, yang mana melibatkan perkhidmatan internet dan suara ke Hong Kong dan juga Tokyo, serta pada 30 Julai TM bakal mengemaskini rangkaian IPCORE ke Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, menurut Telekom Malaysia, beberapa langkah akan diambil untuk membolehkan para pengguna melayari internet tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh tersebut.

Sila rujuk jadual di bawah menunjukkan aktiviti penaiktarafan  tersebut antara 16 Julai 2011 hingga 31 Julai 2011:




Sumber: http://eiz1004.upprofits.com

18 July 2011

Kisah 2006

Salam Blogger Semua ♥

Mengimbas kembali pada tahun 2006...masa 2 fiq sedang menuntut di politeknik...Hidup time 2 memng best..pagi p kelas..tengahari rehat (lunch nasi lemak bungkus)..koi 2 p kalas lagi..

Hari² cam 2 la kehidupan pelajar...Time cuti dok umah..Menyewa dengan kawan² walaupon rumah family fiq just 6km je dari poli.bagi alasan kt familt sebab senang nak study ke bt tugasan ke...

Aleh² time tengah tahun fiq terjebak dgn satu game...(Online game tau)...time 2 RAN ONLINE cukup gile la dengan kawan² fiq..

Yang dikatakan gila sebab bil elektrik sebulan cecah RM 500...Pakat semua kawan² dalam umah sewa 2 main game...24jam x tutup pc (time tue pc je la mampu beli)..Pantang xde kelas...ngadap game...cuti je ngadap game...Kadang² tue sampai xtido...Time 2 memang sapa lalu tepi umah kami mmng heran punya...pukul 2-3pagi masih bunyi orang main game...Bunyi pedang la..bunyi tembak² la..Samapai lenturer mai umah tgk kami bt ape...

Tapi bila masuk 2007 fiq berenti main sebab dah keje...So masa main game online xda dah...

4 tahun berlalu......

Kini 2011...Fiq jumpa balik kawan2 yang masa dulu gila main game online dan masih main game 2 jugak cuma dah tukar nama je la.. KING RAN ONLINE ...Sekarang fiq kembali terjebak...hari2 main...xsentuh sehari cam xcukup...

Kenape la jadi macam nie...Tapi bagusnya ada jugak..sekurang²nya fiq xda la merapu ke arah yang lain...cuma fiq kena control la sikit...masa keje..masa main game...masa untuk family fiq...

Terima Kasih kepada Pai Chow aka Aidil Fahmi...



SEKIAN...